Program Ziarah Kasih RPS Dala

GERIK 14 Sept. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Utara telah mengadakan program Ziarah Kasih di Rancangan Penempatan Sementara (RPS) Dala, Gerik, Perak yang bertujuan menyantuni penduduk Orang Asli Islam di kawasan berkenaan. Pengurus Eksekutif Yadim Zon Utara, Hafsah Husain berkata, program Ziarah Kasih adalah antara program Yadim Zon Utara bagi mendekati penduduk Orang […]

Semarak Aidil Adha saudara kita di Sabah dan Sarawak

KOTA KINABALU 15 Sept.  – Bagi menyemarakkan lagi perayaan Hari Raya Aidil Adha tahun ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menganjurkan program korban di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, bertujuan memberikan pengalaman melaksanakan ibadat korban kepada golongan saudara kita (mualaf). Pengurus Eksekutif Yadim Zon Sabah, Samin Ongki berkata, di Sabah program korban bersama saudara […]

RM157 bilion untuk serang Palestin

Amerika Syarikat salur dana ketenteraan kepada Israel WASHINGTON 14 Sept. – Amerika Syarikat (AS) hari ini menandatangani perjanjian terbesar dalam sejarah negara ini untuk menyediakan bantuan ketenteraan kepada Israel, yang belum pernah dibuat dengan mana-mana negara sebelum ini. Menurut portal berita Al Jazeera, kedua-dua negara tersebut mencapai kata sepakat selepas hampir 10 bulan mengadakan rundingan […]

Jangan politikkan ibadah haji – Raja Salman

MEKAH 14 Sept. – Kerajaan Arab Saudi tidak akan teragak-agak menolak sebarang usaha untuk mempolitikkan ibadah haji ekoran ketegangan yang tercetus antara Riyadh dan Teheran sebelum ini. Amaran itu disuarakan peme­rintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz dalam satu ucapan ringkas kepada golongan kenamaan antarabangsa semalam. Buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun, seramai 64,000 […]

Pengganas Muhammad Wanndy perlekeh PDRM

Tolak dakwaan terima RM100,000 hasil derma jihad KUALA LUMPUR 14 Sept. – Angkuh dan biadab. Itu yang dapat disimpulkan mengenai kenya­taan terbaharu seorang pengganas Daesh rakyat Malaysia, Muhammad Wanndy Muhamad Jedi dalam entri terbaharunya di laman sosial Facebook. Dalam entri terbarunya, lelaki berusia 26 tahun itu yang menggunakan Abu Hamzah Al Fateh seolah-olah menafikan menerima […]

Filem PEKAK jatuh maruah, martabat OKU: Persatuan

KUALA LUMPUR, 14 Sept.  – Penerbit filem PEKAK digesa untuk memohon maaf secara terbuka berhubung penayangan filem itu yang dianggap tidak menjaga sensiviti golongan orang kurang upaya  (OKU). Presiden Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me), Norziba Fazlina Abdul Ghani berkata, filem PEKAK telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak termasuk […]

Pembiayaan rumah skim RMMJ kedua Johor bersifat Islamik

JOHOR BAHRU, 14 Sept.  – Kerajaan negeri Johor melancar satu lagi Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik (RMMJ) dalam usaha menyediakan sekurang-kurangnya 60,000 unit kediaman mampu milik kepada penduduk menjelang tahun 2020. Ia dilancarkan dengan kerjasama AmBank Islamic Berhad. Pada Mac lalu, RMMJ dilancarkan melalui Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank […]

Ulama Indonesia keluar fatwa haram bakar hutan

JAKARTA 14 Sept – Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa yang mengharamkan masyarakat Islam di negara ini membakar hutan dan tanah gambut dengan sengaja, semalam. Memetik laporan Nasional Kompas, Pengerusi Fatwa MUI, Profesor Huzaemah Yanggo berkata, pengharaman itu susulan pembakaran yang bersifat merosak dan merugikan kawasan sekitar. “Perbuatan membakar hutan dan tanah gambut yang akan […]

UMNO disaran angkat politik Islam

JOHOR BAHRU 14 Sept.  – Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyarankan agar Umno mengangkat politik Islam yang didokong selama ini ke tahap lebih baik dengan cara lebih progresif dan berkemajuan. Mohamed Khaled berkata, UMNO mesti memfokuskan kepada pengukuhan Islam sebagai agendanya demi kelangsungan parti ditunjangi orang Melayu itu. “Jika Islam […]

Tangani isu anak luar nikah secara holistik

PASIR PUTEH 14 Sept. : Kerajaan mahukan mekanisme merawat keluarga bermasalah dilaksanakan secara holistik dalam usaha membendung gejala sosial khususnya isu anak luar nikah di negara ini. Sehubungan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kerajaan menubuhkan Majlis Perundingan Islam (MPI) pada awal tahun ini bagi menyelesaikan pelbagai masalah […]