Home » Langit Terbuka » UniSZA sasar terima RM1.5 juta wang zakat untuk bantuan pelajar

UniSZA sasar terima RM1.5 juta wang zakat untuk bantuan pelajar

Ahmad Zubaidi (lapan dari kanan) dan Ketua Eksekutif MAIDAM, Wan Ismail Suhaimi Wan Omar (tujuh dari kanan) bersama sebahagian wakil penyumbang zakat UniSZA di Kampus UniSZA, Kuala Nerus.

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyasar untuk menerima sumbangan zakat berjumlah RM1.5 juta daripada pelbagai pihak termasuk syarikat korporat pada tahun ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif berkata, kesemua sumbangan zakat terbabit akan disalurkan dalam bentuk bantuan kepada pelajar universiti tersebut yang layak.

Beliau berkata, berdasarkan saringan yang dilakukan, seramai 750 pelajar UniSZA layak untuk menerima bantuan zakat dalam kategori asnab fisabilillah pada sesi akademik 2017/2018.

“Mereka layak menerima agihan wang zakat yang bakal diterima terbabit seperti bantuan yuran, biasiswa wakaf dan sara hidup bulanan.

“Sebelum ini, UniSZA telah menerima sumbangan zakat sebanyak kira-kira RM1 juta pada tahun lalu dan ia telah diagihkan untuk manfaat 812 pelajar,” katanya selepas merasmikan majlis penghargaan penyumbang zakat UniSZA 2017 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Wan Ismail Suhaimi Wan Omar. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *