Home » Citra Yadim » (Video) Terima kepelbagaian

(Video) Terima kepelbagaian

Konvensyen Malaysia Rahmah Perlis adalah siri yang pertama, sebelum diteruskan kepada negeri negeri lain selepas ini.

KANGAR – Kepelbagaian di negara ini perlu diterima semua untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan yang berkekalan.

Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, perkara ini perlu dihayati dan diamalkan khususnya oleh golongan muda selaku barisan pelapis kepimpinan negara.

“Semua ini golongan muda perlu hadam dengan baik, kalau mereka tidak dapat terima kepelbagaian, sedangkan negara ini memang pelbagai, tentulah akan timbul isu perkauman, benci membenci antara agama, semua itu sangat bahaya kepada negara.

“Kerajaan beri perhatian kepada persoalan itu, persoalan memahamkan golongan muda tentang pentingnya mereka menerima kepelbagaian dan menguruskannya supaya negara kekal aman dan harmoni,” katanya.

Zolkharnain berkata demikian ketika ditemui media pada Konvensyen Malaysia Rahmah Negeri Perlis di sini pada 11 Julai.

Konvensyen Malaysia Rahmah ini adalah siri yang pertama, sebelum diteruskan kepada negeri negeri lain selepas ini. Kedah dijadualkan menjadi lokasi seterusnya program ini pada 25 Julai ini.

Sementara itu Zolkharnain memberitahu, program tersebut mempunyai dua objektif utama iaitu, memberi pemahaman tentang isu kepelbagaian, dan tentang bahaya sikap melampau.

Sikap melampau jelasnya boleh membawa kepada krisis, dan lebih bahaya lagi terjadinya perpecahan.

“Kita mahu terangkan kepada masyarakat supaya kikis sifat melampau ini daripada mereka.

“Sifat melampau dalam fikiran, tindakan , beragama, mengeluarkan pandangan dan sebagainya, semua ini perlu ditinggalkan dariapda kehidupan mereka,” jelasnya.

Menerusi penganjuran konvensyen ini, Zolkharnain menambah, pihaknya berharap para peserta dapat memahami konsep Rahmatan Lil Alamin yang diterapkan pihaknya seterusnya menyebarkannya kepada masyarakat sekeliling.

“Kita harap masyarakat faham gagasan Rahmatan Lil Alamin dan seterusnya sampaikan kepada mereka yang terdekat, selain terjemahkan dalam kehidupan meraka, umpamanya dalam berkeluarga dan interaksi dengan masyarakat,”ujar beliau.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *