Home » Langit Terbuka » Wang kertas bebas unsur lemak babi

Wang kertas bebas unsur lemak babi

Dakwaan kononnya wang kertas Ringgit Malaysia mengandungi lemak babi telah dirujuk kepada majlis penasihat syariah Bank Negara Malaysia yang bersetuju dengan penilaian bahawa wang polimer bebas daripada unsur lemak haiwan dan boleh digunakan tanpa was-was. - Culture Trip

KUALA LUMPUR – Wang kertas negara bebas daripada lemak haiwan dan tidak mengandungi unsur lemak babi, kata Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah.

“Wang RM1 dan RM5 ini guna polimer sebab ia lebih tahan 4 kali ganda berbanding wang kertas biasa.

Wang kertas tidak mengandungi mana-mana unsur lemak khinzir seperti yang didakwa,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Mata Wang 2019 di Dewan Negara hari ini (19 Disember).

Jelasnya, Bank Negara (BNM) mendapat laporan terperinci daripada makmal bebas yang mengesahkan tiada sebarang unsur lemak haiwan dalam wang polimer.

Amiruddin berkata perkara tersebut juga telah dirujuk kepada majlis penasihat syariah BNM yang bersetuju dengan penilaian bahawa wang polimer bebas daripada unsur lemak haiwan dan boleh digunakan tanpa was-was.

Dewan Negara kemudian meluluskan RUU berkenaan.

Selain itu, turut diluluskan 6 lagi RUU bawah Kementerian Kewangan iaitu RUU Kewangan 2019; RUU Cukai Pendapatan (Pindaan) 2019; RUU Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2019; RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2019; RUU Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2019 dan RUU Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (Pindaan) 2019.

Dalam pada itu, Amiruddin berkata RUU Kewangan 2019 bertujuan meminda antaranya Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949 dan Akta Kewangan 2018.

“Bagi melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai, ia memerlukan pindaan akta-akta berkaitan,” katanya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *