YADIM Peduli : Ziarah Kasih Pesakit Hospital Yan

    0
    280

    YAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus melaksanakan pelbagai pengisian program untuk Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

    Terbaharu pada 18 April, mereka telah menyantuni pesakit di hospital Yan di sini menerusi program YADIM Peduli : Ziarah Kasih Pesakit Hospital Yan.

    Seramai 50 pesakit disantuni menerusi program ini yang dianjurkan bersama dengan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerai dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Yan.

    - advertisement -

    50 pek barangan makanan untuk program ini merupakan sumbangan Ahli Parlimen Jerai Yang Berhormat Ustaz Sabri Azit.

    Selain Ustaz Sabri, hadir sama ke program ini ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria,
    Pengarah Hospital Yan Dr. Mithali Abdullah dan Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Yan, Dato’ Norma Awang

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here