Home » Langit Terbuka » Wanita Palestin tampar askar Israel bakal didakwa

Wanita Palestin tampar askar Israel bakal didakwa

BAITULMAQDIS 1 Jan. – Pihak berkuasa Israel memfailkan dakwaan ke atas seorang wanita Palestin selepas video menunjukkan dia dan sepupunya menampar dan menyepak dua askar Zionis di jajahan Tebing Barat tular di media sosial.

Dalam rakaman video itu, wanita berkenaan, Nour Tamimi, 20, dan sepupunya, Ahed Tamimi, 16, dilihat menghampiri dua tentera rejim di perkampungan mereka di Nabi Saleh.

Menurut kertas pertuduhan yang difailkan di mahkamah tentera Ofer semalam, kedua-dua anggota dikatakan sedang berkawal di kawasan berkenaan bagi menghalang penduduk Palestin membaling batu ke arah pemandu Israel.

Rakaman menunjukkan dua anggota tentera terbabit tidak membalas dalam perlakuan disifatkan sebagai satu provokasi berbanding cubaan mencederakan.

Ahed Tamimi didakwa bertindak paling agresif dalam video terbabit namun dileraikan ibunya, Nariman.

Nour Tamimi ditahan 20 Disember lalu didakwa atas kesalahan melakukan kekerasan dan mengganggu anggota tentera menjalankan tugas.

Dia dijadual hadir sebutan kes lewat hari ini untuk mengetahui jika ditahan sehingga perbicaraan bermula.

Ahed Tamimi yang ditahan 19 Disember lalu dan ibunya akan dihadapkan ke mahkamah tentera sama. –AFP

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *