Home » Citra Yadim » YADIM di Hari Terbuka Hal Ehwal Agama Islam Peringkat Negeri Johor

YADIM di Hari Terbuka Hal Ehwal Agama Islam Peringkat Negeri Johor

KULAI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor turut menyertai Hari Terbuka Hal Ehwal Agama Islam Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Dewan Raya Putra, di sini.

Program yang dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Datuk Haji Hasni Mohammad itu bertujuan untuk mendekatkan rakyat dengan jabatan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam di negeri ini.

Ia juga bagi memudahkan orang ramai mengenali dan mendapatkan maklumat berhubung perkhidmatan jabatan serta agensi di bawah portfolio Hal Ehwal Agama Islam.

Datuk Haji Hasni turut meluangkan masa melawat gerai YADIM di program ini.

Antara pengisian di gerai badan dakwah ini termasuklah promosi menyertai Sukarelawan YADIM, pameran program program anjuran YADIM serta jualan buku buku terbitan badan ini.

Judul buku seperti Celik Muamalah, Penerang Aqidah, Sistem Pusaka Islam, Wanita dan Cabaran Zaman ialah antara yang ditawarkan diskaun sehingga 20 peratus kepada pembeli di program ini.

Buku paling popular terbutan YADIM, Sirah Nabawiyah pula terus menjadi pilihan utama mereka yang berkunjung ke gerai YADIM.

Selain YADIM, program sehari ini turut disertai oleh hampir 30 pempamer lain seperti  Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, Jabatan Pendakwaan Syarie Negeri Johor, Bahagian Pengurusan Masjid Johor, Bahagian Undang-undang Syariah, Johor Toyyiban Laboratories, Perbadanan Islam Johor, Yayasan Sejahtera Kulai dan Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *