Home » Citra Yadim » YADIM dokong usaha misi kemanusiaan Afghanistan

YADIM dokong usaha misi kemanusiaan Afghanistan

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 8 November dijemput ke majlis Pelancaran Misi Kemanusiaan Afghanistan yang dianjurkan oleh Muslim Care Malaysia dengan kerjasama Yayasan Amal, One Nation, Isra’ dan Geng Talaqqi serta beberapa rakan selebriti seperti Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Hafiz Hamidon dan Ustaz Halim Hafiz.

Misi Kemanusiaan yang dinamakan sebagai Care4Afghan ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh Presiden Muslim Care Tuan Haji Zulkifli Wahijan.

Duta Khas Kemanusiaan Muslim Care Ustaz Kader Al Jofree turut hadir menyampaikan amanat kemanusiaan dan menyeru sokongan rakyat Malaysia untuk bersama menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Care4Afghan ini yang mensasarkan sebanyak RM 2 juta dalam tempoh sebulan bagi menyalurkan bantuan berbentuk makanan asas dan pakaian tebal untuk berhadapan musim sejuk yang sangat hampir.

Turut hadir, pegawai pejabat Kedutaan Afghanistan di Kuala Lumpur Puan Nasim dan Saudara Zarif.

Mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua YADIM, Ustaz Najhan Shahir Halim.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *