Home » Citra Yadim » YADIM-Jakel santuni Veteran ATM Kelantan Sempena Ramadan

YADIM-Jakel santuni Veteran ATM Kelantan Sempena Ramadan

KOTA BHARU – Tiada siapa dapat menafikan sumbangan jasa dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  yang menyabung nyawa menjaga kemananan negara.

Justeru bagi menghargai peranan mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 7 April telah bekerjasama dengan syarikat tekstil terkemuka negara, Jakel Sdn Bhd bagi membantu meringankan beban dan memberi keceriaan kepada para veteran tentera di negara ini, khususnya untuk menyambut Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Untuk tujuan ini, Jakel telah bermurah hati menaja sumbangan untuk 100 veteran tentera yang memerlukan. Majlis sumbangan telah diadakan di bangunan Pusat Transformasi Bandar Kelantan di sini.

Hadir dalam majlis ini Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu, Mejar Syed Mohamed Ifandi Syed Jaafar dan Ishak Ismail selaku wakil daripada syarikat Jakel Sdn. Bhd.

Selesi penyerahan di Kota Bharu, program penyerahan sumbangan diteruskan lagi dengan ziarah kepada lima orang veteran ATM di Ketereh, Kok Lanas, Kampung Joh, Machang dan Chenulang yang kesemua mengalami masalah kesihatan.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *