Home » Citra Yadim » YADIM Johor santuni asnaf Parit Yaani

YADIM Johor santuni asnaf Parit Yaani

BATU PAHAT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 31 Januari telah menyampaikan sumbangan kepada 10 keluarga asnaf di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Parit Yaani di sini.

Sumbangan barangan keperluan dapur itu disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dalam program Ziarah Asnaf.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Parit Yaani, Yang Berhormat Aminolhuda Hassan, Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah dan ketua ketua kampung sekitar kawasan ini.

Asnaf yang menerima sumbangan terdiri daripada penduduk Kampung Banyumas, Kampung Parit Suratman, Kampung Seri Telok, Kampung Parit Yop dan Kampung Seri Bengkal.

Setiap keluarga menerima sumbangan barangan keperluan asas seperti minyak masak, biskut, beras, tepung, gula, teh, kopi serta bantuan wang tunai.

Kedatangan rombongan YADIM disambut baik oleh warga kampung berkenaan yang mengalu alukan program menyantuni komuniti seperti ini.

Esok, Nik Omar akan menyempurnakan penubuhan 26 pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) YADIM peringkat Negeri Johor di sini.

Menerusi penubuhan SAR, usaha menyantuni masyarakat seperti yang dilakukan ini, lebih mudah dilaksanakan selain dapat mencapai lebih banyak kawasan.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *