Home » Citra Yadim » YADIM Johor santuni penghuni CCH Tangkak

YADIM Johor santuni penghuni CCH Tangkak

TANGKAK – Seramai 60 penghuni Caring Community House (CCH)  di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor menerusi Program Bina Insan pada 8 Oktober.

Program dalam Bulan Dakwah ini bertujuan memberi ilmu dan pendedahan kepada para pelatih di pusat ini.

Ia juga untuk memberi motivasi kepada pelatih untuk berubah dan melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas kerana Allah.

Penceramah bebas, Ustaz Mohd Asri Surib, yang dijemput memberikan ceramah, menyentuh tentang  taubat, muraqabah, muhasabah dan mujahadah kepada para pelatih dalam mendepani liku liku hidup sebelum kembali ke alam baqa.

YADIM Johor sebelum ini telah menjalin kerjasama dan mengadakan beberapa program dengan CCH Tangkak.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *