Home » Citra Yadim » YADIM Kedah, rakan strategik santuni komuniti Kuala Kedah

YADIM Kedah, rakan strategik santuni komuniti Kuala Kedah

KUALA KEDAH – Parlimen ini menjadi lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah.

Bersama rakan badan bukan kerajaan seperti Surau Al Muhsinin Petronas KLCC, Pertubuhan Assalam Kuala Kedah, Muslim Care Malaysia, Pertubuhan Prihatin Kuala Kedah dan Sukarelawan YADIM Kuala Kedah, mereka menyantuni penduduk dari kalangan B40, asnaf dan yang terputus punca pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sumbangan ini juga diharapkan dapat membantu menggembirakan mereka menjelang sambutan Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi.

Seramai 100 keluarga disantuni di Kuala Kedah, 40 penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan, 30 di DUN Anak Bukit, dan 30 di DUN Pengkalan Kundur.

Hadir bersama Pengarah YADIM Kedah, Mohd Aizat Zakaria ialah Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah merangkap Penyelaras DUN Pengkalan Kundur, Ustaz Dr. Ahmad Fakruddin Syeikh Fakrulrazi, Penyelaras DUN Anak Bukit, Rasidi Razak, Pengerusi Surau Al Muhsinin, Ustaz Nurhakimi  Baruddin, Bendahari Muslim Care Malaysia, Ustaz Ahmad Syukri Ismail, dan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Assalam Kuala Kedah, Abd Basir Ahmad.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *