Home » Citra Yadim » YADIM Kedah santuni 32 keluarga di Kampung Padang Gaung

YADIM Kedah santuni 32 keluarga di Kampung Padang Gaung

LANGKAWI – Lawatan kerja Yang Dipertua YADIM ke Kedah turut diisi dengan program YADIM Peduli: Ziarah Kasih ke Kampung Padang Gaung, Ulu Melaka, Langkawi pada 15 Julai.

Seramai 32 keluarga disantuni dengan pemberian barangan keperluan harian di Masjid Jaamii Al Jaddid dalam program berkenaan.

Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, sebelum menyampaikan sumbangan berkenaan menyeru kepada para hadirin agar sama sama membantu masyarakat sekeliling tanpa mengira latar belakang mereka.

Beliau turut mengambil kesempatan menziarahi kediaman dua daripada penerima berkenaan bagi bertanya khabar dan menyampaian sendiri sumbangan berkenaan.

Turut hadir adalah Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Puan Hafsah Haji Husain, bersama Presiden Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) dan timbalannya, Dato Seri Haji Yaacob Haji Hassan.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *