Home » Citra Yadim » YADIM Kedah santuni nelayan Tanjung Dawai

YADIM Kedah santuni nelayan Tanjung Dawai

MERBOK  – Tanjung Dawai di Kedah merupakan sebuah kawasan yang majoriti penduduknya adalah nelayan. Sebahagian daripada mereka ini merupakan golongan B40.

Peka dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program menyantuni masyarakat yang memerlukan di kawasan tersebut.

Sebanyak 50 kit bantuan yang mengandungai barangan keperluan asas telah diserahkan kepada Ketua Unit Nelayan Persatuan Nelayan Tanjung Dawai, Mohamad Zanzuri Mad Saad oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Pada hari yang sama juga, YADIM Kedah juga menyampaikan sumbangan kepada anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan.

Sebanyak lapan kotak barangan makanan dan lima beg pelitup muka serta cecair nyah kuman diserahkan kepada Ketua Bahagian Pengurusan IPD Yan, Asisten Supritendan Nor Izwan Ahmad oleh Mohd Aizat.

 

 

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *