Home » Citra Yadim » YADIM – Makhatertakfir Iran usaha bantu tangani ekstremisme

YADIM – Makhatertakfir Iran usaha bantu tangani ekstremisme

PUTRAJAYA – Sekretariat Makhatertakfir dari Iran berhasrat menjalin kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam usaha menangani ekstremisme.

Ketua Umumnya Dr. Mohammad Hassan Zamani berkata, usaha ini akan memfokuskan kepada kemanusiaan dan keamanan kerana mahu menonjolkan Islam itu sebagai agama rahmah tanpa mengira latar belakang dan ideologi.

Hasrat tersebut disampaikan Mohammad Hassan dalam kunjungan sekretariat berkenaan ke ibu pejabat YADIM di sini pada 16 Januari. Turut sama dengan beliau ialah wakil Bahagian Perhubungan Antarabangsa Makhatertakfir, Mohammad Reza Khoshkhoo, wakil Pusat Kebudayaan Kedutaan Republik Iran Kuala Lumpur, Ali Mohammad Sabghi, imam Masjid OUM, Sayed Mostafa Khatami dan wakil Kedutaan Iran, Pourys Nikfard.

Mewakili YADIM dalam pertemuan selama sejam ini ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha
Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Pengarah Bahagian Media dan Teknologi Dakwah, Yuswandi Majid, Penolong Pengarah Bahagian Media dan Teknologi Dakwah, Norisham Hamzah serta Penolong Pengarah Pejabat Yang Dipertua YADIM, Muhammad Faiz Safwan.

Nik Omar dalam reaksinya berkata, YADIM boleh membantu dan menjalin kerjasama mengatasi isu ini menerusi penganjuran seminar-seminar berbentuk keamanan dan kemanusiaan, yang memfokuskan dalam bidang pengetahuan am serta budaya seperti yang diadakan dalam Sidang Kuala Lumpur baru baru ini.

Sementara itu, delegasi Iran yang hadir turut menjemput Nik Omar dan pengurusan YADIM untuk datang ke Iran sekiranya berkesempatan bagi melihat keunikan negara mereka.

Terdahulu, delegasi Iran ini mengikuti program anjuran International Institute Of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia pada 15 Januari.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *