Home » Citra Yadim » YADIM Pahang konsisten salur sumbangan pada yang memerlukan

YADIM Pahang konsisten salur sumbangan pada yang memerlukan

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang kekal konsisten menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di negeri ini.

Terbaharu pada 4 Ogos, tujuh keluarga di sekitar Kampung Panching, Felda Bukit Sagu 3, Felda Bukit Goh, kampung serta Taman Perumahan Padang Kuantan di sini menerima sumbangan daripada YADIM Pahang.

Antara penerima termasuklah seorang ibu tunggal pengidap kanser hati yang menjaga seorang anaknya yang mempunyai penyakit berkaitan pernafasan.

Wanita ini pada masa yang sama, bertanggungjawab terhadap bapanya,seorang Orang Kelainan Upaya pengidap strok.

Terdahulu pada 3 Ogos pula, 15 keluarga dari Kampung Chendor, Kampung Gebeng, Kampung Seberang Balok, Taman Balok Makmur, Taman Balok Darat, Perumahan Balok Baru, Kampung Sungai Karang Darat, Taman Dato’ Rashid dan Kampung Pasir Garam Beserah, disantuni YADIM Pahang.

Kesemua mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringakan beban yang ditanggung.

Mereka ini terjejas secara langsung akibat penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *