Home » Citra Yadim » YADIM Peduli di Parlimen Jerai

YADIM Peduli di Parlimen Jerai

YAN – Dengan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang dilanjutkan, lebih ramai pihak memerlukan bantuan dan perhatian.

Bagi menyantuni penduduk Parlimen Jerai yang terkesan dengan situasi ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah bekerjasama dengan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerai serta rakan badan bukan kerajaan Darul Aman Care dan Group Sedekah Raudatul Jannah menganjurkan program YADIM Peduli: Musa’adah 3.0 pada 20 Jun.

Seramai 32 keluarga yang terkesan menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam program ringkas ini.

Mereka terdiri daripada golongan B40, pesakit kronik, warga emas dan keluarga nelayan yang terkesan dengan penularan Covid-19.

Hadir ke program ini ialah Ahli Parlimen Jerai, Yang Berhormat Ustaz Sabri Azit, Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, wakil Darul Aman Care, Ustaz Md Shukri Sawai dan pimpinan masyarakat tempatan.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *