Home » Citra Yadim » YADIM Peduli: Musaadah 2.0. Ziarah Muallaf

YADIM Peduli: Musaadah 2.0. Ziarah Muallaf

KUBANG PASU – Sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelma, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama rakan strategik antaranya Hidayah Centre Foundation Kedah, Majlis Dakwah Negara, Dhu’afa Sejahtera dan Inisiatif Bandar Selamat Jitra menyantuni tiga keluarga muallaf sekitar kawasan ini.

Dalam suasana masyarakat Cina di negara ini yang akan menyambut perayaan itu dalam norma baharu, YADIM Kedah tidak melupakan golongan yang memerlukan bantuan tanpa mengira jantina, kaum dan peringkat umur.

Mualaf yang pertama disantuni, Mohamad Firdaus Hong Abdullah adalah dari Tunjang di sini, manakala mualaf kedua pula, Saiful Tan dan yang ketiga Noor Haiza Abdullah dari Taman Bersatu.

Bantuan yang dihulurkan antaranya ialah makanan keperluan harian, pelitup muka, pembasmi kuman dan sedikit sumbangan wang tunai.

Turut bersama dalam ziarah ini alah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria dan Pengerusi Dhu’afa Sejahtera, Ustaz Amin Ismail.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *