Home » Langit Terbuka » YADIM pelawa belia sertai FMD

YADIM pelawa belia sertai FMD

FMD YADIM yang bermula pada tahun 2014, mempunyai objektif sebagai pengkaderan generasi kepimpinan muda pendakwah Islam, selain melatih ikon belia masyarakat dalam mengembangkan dakwah Islamiah

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mempelawa individu berkebolehan dan memenuhi ciri ciri bersesuaian untuk menjadi Felow Muda Dakwah  yang kini dibuka untuk permohonan.

Untuk pengambilan kali ini, individu yang berminat mestilah mempunyai latar belakang agama, petah berkata kata, mempunyai ciri-ciri pemimpin, boleh menulis secara kreatif selain berusia 22 hingga 30 tahun.

Kelayakan minima adalah mempunyai Ijazah Sarjana Muda, manakala berkebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris serta Arab adalah satu kelebihan.

FMD YADIM yang bermula pada tahun 2014, mempunyai objektif sebagai pengkaderan generasi kepimpinan muda pendakwah Islam, selain melatih ikon belia masyarakat dalam mengembangkan dakwah Islamiah.

Ia turut bertujuan untuk melahirkan pakar rujuk muda dalam bidang Islam, dan menambah generasi muda yang berfikrah Islamiah.

Individu yang terpilih akan menjalani lapan modul latihan iaitu tetapan minda, kenegaraan, jati diri, professional dan kepimpinan, dakwah jalanan (street dakwah), penempatan di agensi, kemahiran dan komunikasi, serta kerohanian.

Istimewa kali ini ialah, tumpuan latihan adalah memberi fokus kepada penyebaran dakwah menerusi media. Justeru, YADIM bekerjasama dengan agensi media seperti Kumpulan Karangkraft, TV Al Hijrah, RTM dan Utusan Malaysia bagi menjayakan sesi ini.

Tidak ketinggalan ialah Kor Agama Angkatan Tentera, Maktab Penjara Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam.

Mereka yang terpilih akan menerima elaun sepanjang latihan selama empat bulan selain pementoran secara intensif di agensi media terpilih.

Permohonan dibuka sekarang hingga tarikh tutup pada 30 November, kepada yang berminat bolehkan emelkan profil anda ke fmd@yadim.com.my atau hubungi 03-88703870 untuk maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *