Home » Citra Yadim » YADIM Sabah, rakan strategik santuni seniman jalanan.

YADIM Sabah, rakan strategik santuni seniman jalanan.

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad, Sabah Buskers Community (SBC) dan Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) telah mengadakan Program Bersama Seniman Jalanan pada 31 Oktober 2021.

Seramai 20 orang seniman jalanan menerima bantuan berupa bakul makanan sumbangan daripada Bank Islam Malaysia Berhad yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)  Haji Wan Rohimi Wan Daud,  bertempat di perkarangan Pintu 1 Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. 

Ini adalah siri kedua program serupa diadakan untuk para seniman jalanan anjuran YADIM Negeri Sabah dan Kelab Bank Islam.

Turut hadir ialah Pengarah JAKIM Cawangan Sabah, Datuk Haji Norjeli Haji Dais, Pengurus Cawangan Bank Islam Kota Kinabalu, Melvin Ogis @ Mohd Yahya Nawid, Pengarah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Ustaz Mohamad Zamri Mohamed Shapik,  dan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang, Ustaz Mohd Shamsuri Ghazali.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *