Home » Citra Yadim » YADIM santuni keluarga mangsa kepala air Kemaman

YADIM santuni keluarga mangsa kepala air Kemaman

GAMBANG – Berat mata memandang, bahu lagi bahu memikul. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan betapa sedih dan pilunya seorang ayah, Eiyi Johari, 60 tahun.
Beliau adalah bapa kepada Allahyarham Azizah Elyi, 40 yang terkorban bersama 8 ahli keluarga yang lain. Turut sama terkorban ialah tunang kepada Azizah. Mereka merupakan mangsa dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman baru baru ini.
Sehingga kini setelah sebulan berlalu, seorang anak Allahyarham yang berusia 14 tahun masih belum ditemui.
Keluarga malang ini disantuni dalam kunjungan YADIM diketuai Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus. Rombongan ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda dan beberapa tetamu yang lain pada 2 Ogos.
Kehadiran rombongan YADIM telah disambut mesra oleh Encik Eiyi Johari dan isterinya serta anak-anak beliau. Turut serta menyambut kedatangan rombongan YADIM ialah Pengurus Felda Lepar Hilir 3, Ketua Kampung Lepar Hilir 3 dan beberapa ahli Gabungan Penerokawati Lepar Hilir 3.
Selepas menyantuni keluarga ini, Datuk Hasanuddin mengajak semua berdoa agar diberi ketenangan kepada keluarga Encik Eiyi dan semoga diberi kemakmuran kepada seluruh warga Felda Lepar Hilir 3.
Terharu dengan kunjungan ini, Encik Eiyi mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan YADIM yang sudi datang menziarahi mereka sekeluarga.
Semoga dengan kedatangan ini, sedikit sebanyak memberi senyuman untuk keluarga ini.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *