Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak Sanitasi Surau At Taubah Kampung Semariang Batu

YADIM Sarawak Sanitasi Surau At Taubah Kampung Semariang Batu

KUCHING – Surau At Taubah di Kampung Semariang Batu di sini menjadi lokasi terbaharu program sanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak.

Program pada 24 Julai itu bermula pada jam 8 pagi, dengan disertai tiga orang kakitangan YADIM Sarawak dan dua anggota Sukarelawan YADIM Bahagian Kuching.

Proses sanitasi dilakukan di sekitar kawasan ruang solat lelaki dan perempuan serta bahagian luar termasuk tandas dan tempat wuduk. 

Langkah ini ialah sebahagian usaha YADIM dalam membantu mengekang penularan jangkitan Covid-19 di rumah ibadah umat Islam di sini.

Hadir sama ke program ini ialah Pengerusi Surau At-Taubah, Mohamad Yusuf Haji Druis.

Sebelum ini, YADIM Sarawak melaksanakan inisiatif yang sama di Surau Darul Ikhwan, Kampung Semerah Padi di sini.

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *