Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak santuni 28 saudara kita di Kampung Gawang Ulu, Kampung Isu Sedia

YADIM Sarawak santuni 28 saudara kita di Kampung Gawang Ulu, Kampung Isu Sedia

SIMUNJAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 1 Februari telah menyantuni 28 buah keluarga saudara kita di Kampung Gawang Ulu dan Kampung Isu Sedia di sini.

Sumbangan barangan keperluan dapur itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh sempena lawatan kerja beliau ke negeri ini bermula 31 Januari lalu.

Kunjungan delegasi YADIM ke Kampung Gawang Ulu, yang tiba pada kira kira jam 11 pagi di sambut baik oleh saudara kita di kampung tersebut yang sememangnya menantikan ketibaan mereka.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat, Tuai Rumah Panjang Gawang Ulu, Zainal Metting Abdullah dan Tuai Rumah Panjang Gawang Tengah, Jabeleen Hamzah.

Dalam ucapannya, Tuan Kamarul Arief menyeru agar saudara kita di Simunjan memanfaatkan sebaiknya keberadaan daie YADIM kawasan tersebut, Ustaz Abdul Asraf Wahid

Pada masa yang sama, beliau juga menekankan kepentingan supaya saudara kita di sini bersatu hati, tidak berpecah belah dan berpegang teguh dengan agama Islam.

Seramai 24 keluarga saudara kita di santuni di Kampung Gawang Ulu.

Pada sebelah petang, Tuan Kamarul Arief dan rombongannya meneruskan program ziarah ke Kampung Isu Sedia. Di sini empat buah keluarga disantuni menerusi pemberian barangan keperluan dapur.

Wakil saudara kita di kampung ini, Hussien Abdullah merakamkan ucapan terima kasih kepada YADIM kerana telah menempatkan daie di sini.

Beliau menyampaikan harapan agar Abdul Asraf terus dikekalkan agar dapat membimbing masyarakat Islam di sini yang ternyata dahagakan bimbingan dan ilmu pengetahuan mengenai agama ini.

Dalam pada itu, Tuan Kamarul Arief turut meluangkan masa melawat kediaman Abdul Asraf di kampung ini semasa lawatan kerjanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *