Home » Citra Yadim » YADIM sasar tubuh 222 Pasukan SAR seluruh negara

YADIM sasar tubuh 222 Pasukan SAR seluruh negara

BATU PAHAT – Sebanyak 222 pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) disasar untuk ditubuhkan di seluruh negara tahun ini, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz.

Menurutnya, ketika ini SAR sudahpun memiliki 76 pasukan di seluruh negara dengan kira kira 10,000 ahli.

““SAR ditubuhkan adalah untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan dan dalam masa yang sama terlibat dalam gerak kerja dakwah di lapangan dengan memfokus kepada program kemasyarakatan.

“Sukarelawan ini juga merupakan pasukan beruniform yang ditubuhkan YADIM bagi kesedaran kepada perjuangan untuk agama serta melatih mereka menjadi lebih berdisiplin,” katanya semasa majlis pelancaran pasukan SAR Johor di sini pada 1 Februari.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah dan Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Ar Rahmah YADIM, Abdul Qaiyum Aris.

Dalam pada itu jelas Nik Omar, SAR turut berperanan berperanan sebagai tenaga penggerak ke arah mencapai matlamat gagasan Rahmatan Lil Alamin, yang turut menjadi pelindung kepada kestabilan negara.

Johor muncul sebagai negeri pertama memiliki pasukan SAR di setiap kawasan parlimennya dengan 26 pasukan secara keseluruhan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *