Home » Citra Yadim » Gerbang Pra-Siswa Peringkat Negeri Sarawak 2020

Gerbang Pra-Siswa Peringkat Negeri Sarawak 2020

KUCHING – Seramai 80 orang peserta telah menyertai program Gerbang Pra Siswa (GPS) Peringkat Negeri Sarawak 2020 yang bermula pada 31 Januari hingga 2 Februari bertempat di Yayasan Sarawak di sini.

Program ini dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dengan kerjasama Majlis Pimpinan Negeri, Rakan Siswa YADIM (RSY Sarawak).

Ia turut disertai oleh 30 orang RSY Sarawak yang menjadi fasilitator sepanjang program ini berlangsung.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh telah menyempurnakan majlis perasmian penutup pada 2 Februari. Dalam ucapannya, beliau menyeru peserta GPS supaya mengambil tahu apa yang berlaku dalam masyarakat di sekeliling mereka.

Beliau turut berharap agar peserta GPS mengekalkan perpaduan yang dijalin dalam program berkenaan dan membawanya ke peringkat universiti atas nama RSY.

Tuan Kamarul Arief turut mengajak para peserta GPS sama sama cuba merangka program bersama YADIM Sarawak.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Shahrizal Mat serta Timbalan Presiden Majlis Pimpinan Tertinggi RSY Kebangsaan, Fakhrul Syahmi.

Program ini merupakan sebahagian aturcara lawatan kerja Tuan Kamarul Arief ke Sarawak yang bermula pada 31 Januari.

Ia dimulakan dengan penangguhan bengkel Daie Sarawak sebelum beliau kemudiannya mengadakan pertemuan dengan kakitangan YADIM negeri ini bagi mendapatkan perkembangan dan input input berkaitan program dan keperluan YADIM di negeri ini.

Pada 1 Februari, beliau melakukan lawatan kerja ke Simunjan iaitu ke Kampung Gawai Ulu dan Kampung Isu Sedia, menemui saudara kita di kawasan tersebut serta Daie YADIM yang bertugas di kawasan berkenaan.–

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *