Home » Citra Yadim » YADIM terima Anugerah Citra Sahabat DBP 2019

YADIM terima Anugerah Citra Sahabat DBP 2019

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 10 Disember telah menerima Anugerah Citra Sahabat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2019 anjuran badan itu.

Ia merupakan pengiktirafan bagi menghargai peranan dimainkan YADIM dalam membantu DBP menyebar luas dan memartabat bahasa, sastera dan persuratan Melayu.

Anugerah bagi kategori sektor awam itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Teo Nie Ching dalam Majlis Hari Inovasi DBP 2019 yang dilangsungkan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP di sini.

YADIM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Pada 22 November lalu, YADIM telah menerima penarafan Tahap 4 atau Baik dalam audit yang dijalankan terhadapnya oleh DBP.

YADIM juga merupakan agensi Islam pertama di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diaudit oleh DBP.

Dalam pada itu, selain Citra Sahabat, turut disampaikan dalam majlis tersebut ialah Anugerah Citra Karya dan Citra Program DBP.

Anugerah Citra Sahabat DBP telah diperkenalkan pada tahun 2013 yang merupakan pengiktirafan kepada pihak luar sama ada kepada tokoh, individu, kumpulan, persatuan, pertubuhan, agensi dan seumpamanya yang telah memainkan peranan penting dan berkesan membantu DBP memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu.

Pusat Kajian Pembangunan Pengurusan Islam, Universiti Sains Malaysia telah memenangi anugerah ini untuk sektor awam pada 2018.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *