Home » Citra Yadim » YADIM ucap selamat tinggal kepada ‘Tuan Edd’

YADIM ucap selamat tinggal kepada ‘Tuan Edd’

PUTRAJAYA – Selepas hampir empat tahun yang cemerlang bersama, warga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangannya, Yang Berusaha En Redhauddin Kamaruzaman.

Lebih mesra di kalangan YADIM sebagai ‘Tuan Edd’, Redhauddin akan kembali secara rasmi ke Jabatan Perkhidmatan Awam selepas tamat peminjaman pada 15 Mac ini.

Bagi meraikan beliau, satu majlis penghargaan diadakan yang dihadiri oleh pengurusan tertinggi, para pegawai dan kakitangan YADIM, serta pengarah pengarah dan pegawai dari pejabat pejabat zon.

“Rakan rakan pernah berkhidmat di YADIM sebelum ini ada memberitahu, ‘sukar’ untuk meninggalkan badan dakwah ini, justeru memang benar kata kata mereka.

“Segala pengalaman di YADIM akan saya bawa sebagai panduan di tempat baharu kelak,”ujarnya yang agak sebak dalam ucapan terakhirnya dalam majlis perpisahan itu.

Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat berjaya kepada YADIM dan yakin, hubungan dengan organisasi ini serta kakitangannya akan berkekalan.

 

Terdahulu, Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz mengucapkan selamat berjaya kepada Redhauddin dan terima kasih atas segala usahanya memajukan badan dakwah ini.

Menurut beliau, pertukaran pegawai seperti yang berlaku ini adalah perkara biasa atas urusan pentadbiran.

Berpengalaman luas dalam pentadbiran awam, selain pernah berkhidmat di Kedutaan Malaysia di Jepun, Redhauddin memulakan khidmat di badan dakwah ini pada 2 Mac 2015 sebagai perunding untuk program Felow Muda Dakwah (FMD).

Beliau kemudiannya melapor diri sebagai Pengurus Besar Operasi pada 23 Februari 2017, sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan pada 1 Ogos 2018 hingga kini.

Sepanjang perkhidmatannya, ‘Tuan Edd’ disenangi ramai kerana sikap peramahnya kepada semua pihak. Pendekatan terbuka beliau ketika bertugas menyebabkan para pegawai dan kakitangan selesa untuk berurusan dengan beliau.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *