Home » Citra Yadim » YADIM Zon Timur beri sumbangan Ramadan

YADIM Zon Timur beri sumbangan Ramadan

KUALA TERENGGANU 8 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur telah mengadakan program  Gerak Mesra Ramadan pada 31 Mei lalu di sekitar Setiu bagi membantu beberapa keluarga kurang bernasib baik menyambut Ramadan.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, dalam program itu yang mendapat kerjasama daripada badan bukan kerajaan tempatan, Pewanis, sebanyak 12 keluarga telah diziarahi dan mendapat bantuan

“Kami berharap dapat meringankan sedikit beban keluarga ini dalam menghadapi bulan Ramadan dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri terutama pada ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

“Sumbangan yang disampaikan adalah bentuk barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula dan sebagainya’’ katanya.

Beliau berkata, program yang dianjurkan itu adalah selaras dengan usaha YADIM untuk menjadi  penghubung di antara NGO Islam dan masyarakat dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti dakwah kemasyarakatan.

Program berkenaan katanya, juga dapar melebarkan jaringan YADIM dengan NGO Islam di sesebuah   kawasan itu serta secara tidak langsung mempromosi aktiviti dakwah kepada masyarakat melalui kaedah sumbangan

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *