Home » Citra Yadim » YDP YADIM lancar KAR 2019

YDP YADIM lancar KAR 2019

Yang Dipertua YADIM ketka berucap melancarkan Karnival Ambang Ramadhan 2019. - Foto KAR 2019

KUBANG KERIAN – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz pada 25 April telah melancarkan Karnival Ambang Ramadhan 2019 (KAR 2019) di Sekolah Kebangsaan Mentuan di sini.

KAR 2019 diadakan dengan objektif menyemarakkan semangat menjelang hadirnya bulan Ramadan tidak  lama lagi.

Hadir sama ialah Pengerusi Peduli Rakyat Kelantan, Dato Dr Abdul Halim Yusof, sebuah badan bukan kerajaan yang aktif dengan pelbagai program di sini, Guru Besar Sekolah Kebangsaan  Mentuan, Mohd. Zaki Said, serta pemimpin pemimpin masyarakat.

 

Dalam ucapannya, Nik Omar menyentuh mengenai usaha YADIM untuk mengajak semua pihak berlumba lumba mengerjakan kebaikan, selaras dengan usaha dan tagline badan dakwah itu sendiri iaitu Fastabiqul Khairat.

Menurutnya, semua pihak bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu dan kebaikan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai contoh dari sudut pembangunan fizikal dan tamadun.

“Segala aset perlu diurus dengan penuh tanggungjawab supaya ia dapat digunakan sepenuhnya untuk rakyat. Itu adalah hasrat dan keprihatinan kerajaan negara kita,” katanya.

Nik Omar selepas sesi pelancaran turut meluangkan masa melawat gerai gerai pameran dan menyampaikan sijil penyertaan.

Karnival yang berlangsung selama dua hari bermula 25 April melibatkan lebih 20 gerai jualan dan pameran dari agensi kerajaan dan swasta.

Dianggarkan 200 orang tetamu telah hadir pada majlis pelancarannya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *