Home » Citra Yadim » Ziarah asnaf, agihan 300 pek bubur kacang oleh YADIM Sabah

Ziarah asnaf, agihan 300 pek bubur kacang oleh YADIM Sabah

MEMBAKUT – Sebagai salah satu pengisian program Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Sabah pada 18 April telah mengadakan beberapa program.

Sebanyak empat keluarga asnaf dan pesakit kronik di daerah ini diziarahi dan menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Sabah.

Ia disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Sabah, Ustaz Ramlee Daud.

Pada hari yang sama, mereka turut mengadakan agihan bubur kacang sebagai juadah berbuka puasa.

Sebanyak 300 pek bubur kacang diagihkan kepada orang ramai dalam program ini.

Program hari ini dijayakan dengan kerjasama YADIM Sabah serta agensi agama kerajaan persekutuan dan negeri, rakan badan bukan kerajaan, persatuan peniaga, Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Saga serta Jawatankuasa Surau Kampung Saga dan lain lain.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *