Home » Citra Yadim » Ziarah Dan Penyampaian Sumbangan Sukarelawan YADIM Kuala Langat

Ziarah Dan Penyampaian Sumbangan Sukarelawan YADIM Kuala Langat

BANTING – Bandar ini merupakan lokasi terkini program menyantuni rakyat oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat pada 14 Mac.

Bertempat di Taman Budiman, Sularelawan YADIM Kuala Langat menyantuni dua keluarga India di sini. Program kali ini juga diadakan dengan penyertaan Sukarelawan YADIM Batu 16 Rawang yang diwakili oleh Noorsiah Mohamed Yusof.

Penduduk yang pertama disantuni ialah Kanageswary A/P Subramaniam,  seorang penghidap kencing manis yang teruk mengakibatkan penglihatannya sudah kabur.

Manakala yang kedua ialah Uma Devi A/P Nadarajah, pesakit kanser payudara tahap tiga yang terpaksa berulang alik ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk mendapatkan rawatan.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi Sukarelawan YADIM Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan Setiausahanya, Hanizah Sumiri.

Sementara itu, sejumlah set barangan keperluan harian telah diagihan oleh Sukarelawan YADIM Kuala Langat kepada rakan Sukarelawan YADIM Rawang, untuk membolehkan mereka melaksanakan aktiviti menyantuni komuniti kawasan mereka.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *