Home » Citra Yadim » Ziarah Iman Kelantan

Ziarah Iman Kelantan

GUA MUSANG – Bertempat di Perkampungan Orang Asli Pos Tuel di sini pada 24 November lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program Ziarah Iman yang bertujuan menziarah dan menyantuni keperluan dakwah mereka.

Program bermula dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang itu turut disertai oleh 7 orang ahli Sahabat YADIM (SY) Universiti Malaysia Kelantan dan 10 orang penggerak Orang Asli Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Pengarah YADIM Zon Timur, Yang Berusaha Ustaz Mahadi Awang berkata, program pada hari berkenaan memfokuskan kepada komuniti Orang Asli di kawasan Gua Musang.

Menurut beliau, hampir 500 peserta daripada komuniti Orang Asli di Pos Tuel dan kawasan sekitar hadir.

Antara pengisian program termasuklah kuiz fardhu ain serta pertandingan membaca al Quran.

Menariknya, pertandingan membaca al Quran mendapat sambutan luar jangka, apabila golongan muda masyarakat Orang Asli menunjukkan minat mendalam, malah turut serta ambil bahagian.

Selain itu, turut diadakan ialah acara jamuan rakyat, yang menyaksikan ahli SY, penggerak masyarakat dan penduduk bergotong royong menjayakannya.

Penduduk turut menunjukkan aksi dan kemahiran menyumpit kepada delegasi dakwah yang hadir sebagai meraikan kedatangan mereka.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *