Home » Langit Terbuka » Serang bomba perbuatan melampau

Serang bomba perbuatan melampau

Mufti Perlis, menuntut seluruh umat Islam di negara ini melupakan perbezaan latar belakang dan fahaman politik, seterusnya bersatu dalam isu rusuhan di rumah ibadat di Subang - Foto Kosmo

TA’IF, ARAB SAUDI – Perbuatan menyerang anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dalam rusuhan di Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Selangor, awal pagi ini adalah melampau dan melebihi batasan.

Sehubungan itu, Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menuntut seluruh umat Islam di negara ini melupakan perbezaan latar belakang dan fahaman politik, seterusnya bersatu dalam isu berkenaan.

“Saya menggesa pihak polis bertindak dan menangkap kesemua mereka yang terlibat dan dihukum dengan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota Unit EMRS BBP Subang Jaya cedera manakala jentera dinaiki turut mengalami kerosakan akibat diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar kuil berkenaan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, anggota berkenaan diserang apabila pasukannya tiba di lokasi selepas mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *