Home » Citra Yadim » Ziarah lokasi pengajian Daie YADIM di Hulu Nyalau

Ziarah lokasi pengajian Daie YADIM di Hulu Nyalau

BINTULU – Hari ketiga lawatan kerja kepimpinan YADIM ke Sarawak diisi dengan aktiviti ziarah ke Kampung Hulu Nyalau di sini.

Ia merupakan lokasi badan dakwah ini mengadakan kelas pengajian agama yang disampaikan oleh Daienya Mohd Iskandar Abdullah.

Tujuh tahun menjadi Daie badan dakwah ini, Mohd Iskandar mengadakan kelas pengajian agama YADIM untuk warga kawasan ini setiap Isnin hingga Sabtu.

Seramai 30 warga emas dan belia menjadi pelajarnya di Kampung Huli Nyalau ini. Kelas pengajian Al Quran, Tauhid dan Fardhu Ain ini diadakan pada sebelah pagi dan malam.

Mohd Iskandar atau nama asalnya sebelum memeluk Islam, Noel Augustine  sebelum ini tinggal di Betong yang memakan masa lapan jam perjalanan dari sini. Namun atas komimen dalam dakwah, beliau berpindah ke kawasan ini.

Meskipun Hulu Nyalau terletak agak jauh dari bandar, namun ia tidak menjadi alasan baginya untuk tidak menunaikan tanggungjawabnya.

Mohd Iskandar ialah antara 13 Daie YADIM yang berkhidmat di seluruh Sarawak, menjalankan tugas tugas dakwah kepada masyarakat negeri ini.

Dalam pada itu, kunjungan YADIM ke kampung ini disambut oleh Ketua Kampungnya, Taslim Haji Sabtu bersama lain lain kepimpinan kampung yang meraikan kehadiran YADIM dalam majlis Makan Tahun, satu acara kebudayaan selepas selesai musim menuai.

Mewakili YADIM dalam ziarah ini ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat.

 

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *