Home » Citra Yadim » Ziarah Prihatin YADIM Perlis

Ziarah Prihatin YADIM Perlis

ARAU – Seramai 50 individu dari kalangan asnaf yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Covid-19 di santuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis dalam program Ziarah Prihatin yang diadakan pada 23 Jun.

Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin mewakili YADIM dalam program ini, menyerahkan sumbangan beras dan barangan keperluan harian kepada asnaf yang dikenalpasti.

Sumbangan turut disampaikan kepada beberapa keluarga pesakit kronik bagi meringankan beban mereka.

Hadir sama dalam program yang diadakan di sekitar bandar ini, Padang Besar dan Kuala Sanglang ini ialah Pengarah YADIM Perlis, Zuhri Husain.

Turut membantu dalam program ini ialah pasukan Sukarelawan Al Rahmah serta sebuah badan bukan kerajaan yang aktif dalam kerja kerja sukarelawan di sini, Halaqah YADIM. Mereka yang menerima sumbangan mengucapkan terima kasih atas sumbangan badan dakwah ini.

YADIM Perlis turut menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Kuala Sanglang baru baru ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *