Home » Citra Yadim » Ziarah Rahmah serampang dua mata DMY

Ziarah Rahmah serampang dua mata DMY

TANGKAK – Peranan Daie Muda YADIM (DMY), Bahagian Pembangunan Daie selaku pendakwah muda terus di pelbagaikan menerusi pendekatan dakwah yang bukan saja menyantuni golongan belia, tetapi juga masyarakat umum sebagai usaha memasyarakatkan badan dakwah ini.

Sebagai antara entiti yang bertanggungjawab membawa dan menaikkan nama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), DMY pada 5 hingga 8 November lalu telah mengadakan program ziarah rahmah yang berobjektifkan menyantuni golongan sasar mereka di sekitar daerah ini.

Menariknya, ziarah rahmah ini tidak seperti kelazimannya apabila ianya menyasarkan dua kelompok serentak iaitu golongan pelajar dan keluarga asnaf terpilih sekaligus.

Bagi pelajar sekolah, program ini yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Lughatil Arabiah di sini, telah memberi manfaat kepada 50 orang barisan kepimpinan pelajar.

Menggunakan modul modul terpilih, mereka diberikan pendedahan dan latihan yang memfokuskan usaha menggilap bakat kepimpinan. Penggunaan modul berkenaan juga bertujuan meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berucap di khalayak ramai.

Sementara itu, ziarah rahmah untuk menyantuni asnaf dan golongan kurang berkemampuan pula diadakan di Kampung Tanjung Labuh di sini. Turut turun padang ialah Ustazah Khuzaimah Ali dari Bahagian Pengurusan Muallaf, serta Ustaz Amirul Amir (Bahagian Masjid), Pejabat Kadi Tangkak.

Seramai 30 buah keluarga disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. Ketua Kampung Tanjung Labuh, Syukri Yusuf dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung itu turut membantu menyelaraskan agihan bantuan ini.

Bagi asnaf mualaf, bantuan diselaraskan oleh Pejabat Kadi Daerah Tangkak.

Hadir sama ke program ini ialah Penyelaras DMY, Sabir Abdul Ghani dan Nur Akmal Abdul Malik. Program ini turut mendapat kerjasama Yayasan Wiba Prima.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *