Home » Langit Terbuka » Zionis padam gambar, ayat Quran dalam buku teks Palestin

Zionis padam gambar, ayat Quran dalam buku teks Palestin

JERUSALEM, 14 Ogos – Rejim Zionis Israel memadam semua gambar dan tulisan, termasuk berkaitan perjuangan rakyat Palestin untuk hidup di bumi yang dijajah, dalam semua buku teks sekolah Palestin.

Laporan akhbar Hebrew, Iroshalim, Kementerian Pelajaran Israel juga mengeluarkan surah al-Quran, puisi dan beberapa lagi kandungan daripada kurikulum sekolah Palestin.

Pihak berkuasa Israel baru-baru ini turut mengedarkan buku berkenaan di sekolah Palestin yang mengandungi muka surat kosong dan sesetengah tulisan pula dipadam menggunakan warna hitam.

Antara kandungan yang hilang daripada buku teks berkenaan ialah yang berkaitan dengan perpaduan negara-negara Islam dan kepentingan Masjidil Aqsa.

Peta, bendera dan lagu kebangsaan Palestin juga dikeluarkan daripada buku teks berkenaan.

Pihak perbandaran Israel mendakwa tindakan itu sebagai langkah wajar untuk menghalang buku pelajaran mengandungi unsur menggalakkan keganasan. – Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *