Home » Operasi » Zon Timur

Zon Timur

Pejabat YADIM Zon Timur yang beroperasi di Kuala Terengganu merasakan ruang lingkup serta tugasan dakwahnya semakin mencabar. Cabaran ini adalah kerana pertambahan kumpulan sasar berserta dengan peningkatan anasir negatif serta kecelaruan masyarakat dalam memahami Islam sebenar yang banyak dipengaruhi oleh ideologi dan pemikiran masa kini di samping budaya songsang serta fahaman liberalisme dalam beragama yang kian menjadi ikutan di kalangan masyarakat. Semua cabaran ini perlu ditangani dengan segera serta secara berhemah. Walau bagaimanapun, tugasan dakwah tidak boleh menyusut dan ia harus bergerak dengan lebih berkesan. Komitmen dan sokongan dari pelbagai agensi serta badan-badan amal Islami di peringkat zon telah banyak membantu YADIM Zon Timur dalam menjayakan misi dakwahnya.

Objektif

  • Mendekatkan YADIM dengan masyarakat melalui aktiviti atau program dakwahnya hingga ke peringkat bawahan.

  • Mewujudkan rangkaian dalam bidang dakwah yang lebih berkesan antara YADIM dengan Badan Amal Islam atau agensi agama Islam setempat.

  • Menyediakan sumber tenaga manusia yang beriman dan bertakwa untuk memajukan negara.

  • Membantu agensi/jabatan gama di peringkat zon dalam memberi penerangan dakwah Islam serta mengislah ummah.

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan taat setia serta menjadi khairu ummah.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *