Home » Langit Terbuka » 1 rakyat Malaysia cedera ditembak di NZ dibenarkan keluar hospital

1 rakyat Malaysia cedera ditembak di NZ dibenarkan keluar hospital

Menteri di Jabatan Perdana Menteri melawat Mohd Tarmizi Shuib ketika dirawat di Hospital Christchurch, Jumaat lalu. - Foto Facebook

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia, Mohd Tarmizi Shuib, 42, yang cedera ditembak dalam serangan di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu dibenarkan keluar hospital semalam (22 Mac 2019).

Perkembangan itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa.

“Tarmizi sudah berada di rumah (New Zealand) dan masih bertongkat kerana ada serpihan peluru di punggungnya,” katanya selepas Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka.

Mujahid tiba di tanah air 5 pagi tadi, selepas ke New Zealand untuk melawat rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian itu.

Tarmizi antara 3 rakyat Malaysia yang cedera dalam tragedi berdarah di 2 masjid di Christchurch yang mengorbankan 50 nyawa, termasuk anaknya, Muhamad Haziq, 17.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, Mohd Nazril Hisham Omar, 46, yang menerima rawatan di unit rawatan rapi Hospital Christchurch sudah dipindahkan ke wad biasa.

“Nazrul di wad biasa dan boleh duduk, namun perlu rawatan susulan kerana masih ada serpihan peluru di kaki.

“Rahimi (Ahmad, 39) pula baru buka life support (alat bantuan pernafasan). Boleh bernafas sendiri dan bercakap.”

Katanya, semua mangsa mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan mereka di sana. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *