Home » Citra Yadim » 100 kit sumbangan untuk mangsa banjir Skudai

100 kit sumbangan untuk mangsa banjir Skudai

SKUDAI – Selesai menyantuni mangsa banjir Masai pada 3 Januari, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor bergerak pula ke Skudai.

Di kawasan ini, sebanyak 100 kit banjir YADIM diserahkan kepada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat di Pusat Pemindahan Sementara Batu 10 di sini.

Pasukan YADIM Johor yang diketuai Muhamad Ammar Abdullah kemudiannya menziarahi Masjid Kampung Sepakat Baru bagi meninjau sebarang keperluan yang boleh dibantu, memandangkan ia turut terlibat dalam musibah banjir di sini.

YADIM Johor merancang untuk mengadakan kerja kerja pembersihan di beberapa masjid dan surau yang terlibat dengan banjir di negeri ini.

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *