Home » Citra Yadim » 120 GEN T termasuk dari SMK Chung Hwa sertai TOM perkasa jati diri

120 GEN T termasuk dari SMK Chung Hwa sertai TOM perkasa jati diri

KUALA NERUS – Siri Transformasi Orang Muda (TOM) di negeri ini diteruskan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dengan terkini, disertai seramai 120 orang pelajar.

Menariknya pada sesi kali ini, Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin adalah antara yang menghantar pelajar Muslim mereka menyertainya.

Dipercayai, ia adalah kerana keberkesanan TOM dalam melakukan pengisian berfaedah serta terkini, selain kemampuannya menarik pelajar di negeri ini, yang juga dikenali sebagai Generasi Terengganu (GEN T), menyertainya.

Selain Chung Hwa Wei Sin, sesi kali ini yang diadakan di Pusat Latihan Felda Wilayah Terengganu di sini juga telah disertai pelajar dari sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan  Kompleks Seberang Takir serta Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok.

Program selama  tiga hari ini berhasrat melahirkan para pelajar yang mempunyai kekentalan jatidiri serta menjadikan agama sebagai kompas kehidupan mereka.

Antara pengisian aktiviti untuk TOM kali ini termasuklah sesi ceramah, latihan dalam kumpulan menggunakan kaedah ‘lukisan rosak’, aktiviti luar kelas dan sebagainya.

Antara tenaga penceramah berpengalaman yang dijemput ke program ini termasuklah Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin, Ustaz Abdul Halim bin Awang.

Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang telah menyempurnakan majlis perasmian penutupannya pada 3 Oktober lalu.

Program Transformasi Orang Muda (TOM) dirangka khas bagi menyantuni dan memperkasa pelajar ke arah menjadi belia dan beliawanis berjati diri cemerlang serta mampu mengalas tanggungjawab dalam masyarakat.

Memfokuskan kepada pengisian kerohanian Islam, ia disasarkan kepada para pelajar sekolah pelbagai latar belakang di negeri ini.

Sebelum ini, sebanyak 15 siri TOM telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *