Home » Citra Yadim » 14 keluarga mangsa kebakaran disantuni YADIM Sabah

14 keluarga mangsa kebakaran disantuni YADIM Sabah

KINABATANGAN – Seramai 14 buah keluarga dari Kampung Paris III di sini yang menjadi mangsa kebakaran pada hujung tahun lepas, menerima bantuan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 11 Mac.

Sumbangan wang tunai berkenaan disampaikan oleh Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki dalam satu majlis ringkas di sini. Majlis ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Kinabatangan.

Hadir sama ialah Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan, Billih Halam dan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Amiruddin Ag Damit.

Dalam satu kejadian pada 30 Disember lalu, 11 buah rumah di Kampung Paris III musnah terbakar menyebabkan 14 keluarga hilang tempat tinggal. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bagaimanapun seorang lelaki cedera di bahu dalam kejadian ini ketika cuba menyelamatkan motosikalnya.

Sebuah van dan motosikal lain turut musnah terbakar.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *