Home » Citra Yadim » 18 keluarga mangsa kebakaran Kota Bharu disantuni Yadim Kelantan

18 keluarga mangsa kebakaran Kota Bharu disantuni Yadim Kelantan

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 27 November telah menziarahi 18 keluarga mangsa dua kejadian kebakaran yang berlaku di sini.

Hadir menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian adalah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemenang Amanah YADIM, Yang Berhormat Ustaz Ahmad Fathan Mahmood dan Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang.

Dalam kejadian malang pada 9 November lalu , sepuluh buah rumah dan empat rumah kedai musnah sama sekali akibat kebakaran yang dipercayai bermula jam 7.20 malam itu. Sebanyak 11 keluarga terlibat dalam kejadian ini.

Manakala kejadian kedua pula berlaku pada 16 November yang melibatkan 9 rumah musnah terbakar. Kebakaran ini berlaku pada jam 2.56 pagi dan menyebabkan 7 keluarga hilang tempat tinggal. Kebanyakan mangsa sekarang menyewa di tempat baru atau tinggal menumpang di rumah saudara.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *