Home » Citra Yadim » 20 kotak sumbangan untuk mangsa banjir DUN Bukit Lada

20 kotak sumbangan untuk mangsa banjir DUN Bukit Lada

BUKIT LADA – Usai menyantuni mangsa banjir di Bukit Pinang, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bergegas pula ke kawasan ini.

20 kotak sumbangan disampaikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Yang Berhormat Ustaz Salim Mahmood untuk diagihkan kepada mangsa yang terlibat.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Turut hadir Pembantu Khas ADUN Bukit Lada, Muhammad Saufi Abd Rahman dan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Darul Aman Care, Ustaz Md Shukri Sawai.

Hujan lebat baru-baru ini telah menyebabkan 560 buah rumah dalam DUN ini dinaiki air.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *