Home » Citra Yadim » 200 penduduk Maran terima manfaat sumbangan YADIM

200 penduduk Maran terima manfaat sumbangan YADIM

MARAN – Usaha menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan pula ke daerah ini pada 7 Januari.

Kali ini seramai 200 keluarga di Taman Maran Jaya dan Taman Chedong menerima sumbangan kit banjir YADIM yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam satu majlis di Kelas Qiraati Al-Amin, Taman Maran Jaya di sini.

Hadir sama ke majlis ini ialah Ahli Parlimen Maran, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Ismail Abd. Muttalib merangkap Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Abdul Aziz Jusoh serta Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ahmad Shukri Yusoff dan Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok serta ketua dan wakil agensi.

Tuan Kamarul dalam ucapannya berkata, kehadiran YADIM di kawasan ini bagi menunjukkan keprihatinan dan solidariti kepada mangsa banjir di sini.

“Äpa yang kami sumbangkan ini (dana) adalah daripada rakyat, dan kepada rakyat kami kembalikan,”ujar beliau.

Dalam pada itu, kit sumbangan YADIM yang disampaikan kepada penduduk mengandungi makanan dan barangan penjagaan kebersihan untuk membantu mereka menghadapi bencana banjir ini.

YADIM juga membina sebuah Pusat Penyempurnaan Ibadah atau surau sementara yang boleh memuatkan 8 jemaah pada satu masa untuk membolehkan mangsa menunaikan kewajipan mereka.

Ini adalah salah satu inisiatif YADIM melalui pendekatan Bil Hikmah bagi memastikan syariat tetap terjaga walaupun dalam keadaan bencana.

Antara yang disediakan di kemudahan ini ialah tong wuduk, penyembur air, mihrab, Al Quran, kit solat dan telekung (10 set).

Turut disumbangkan 100 kit Solat, 100 botol Tayamum dan 200 naskhah buku Hamba Terpilih selain 20 naskhah Al Quran Wakaf oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melalui kerjasama Sinergi Ilmu Resources.

Selesai menyampaikan sumbangan di Taman Maran Jaya, Dr Zulkifli dan petugas YADIM melaksanakan program membersihkan kediaman seorang penduduk di Taman Chedong yang terjejas teruk dengan musibah ini selain menyampaikan bantuan di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *