Home » Langit Terbuka » ‘Saya tak reda Islam dirobek’

‘Saya tak reda Islam dirobek’

Menteri Dalam Negeri berkata, sejak kerajaan baru memerintah penegasan untuk memelihara Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan tidak pernah berganjak. -Foto The Star

KUALA LUMPUR – Saya tidak akan reda dan membiarkan Islam dirobek-robek dengan apa cara sekali pun,” tegas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu beliau hairan apabila ada pihak yang menggunakan sentimen agama ‘menyucuk’ rakyat kononnya kerajaan lemah dan tidak mempertahankan Islam.

Tegasnya, sedangkan sejak kerajaan baru memerintah penegasan untuk memelihara Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan tidak pernah berganjak.

“Saya tak rasa terancam, Islam agama saya, saya buat apa yang terbaik.

“Takkan ambil satu dua kes maka nak gambarkan Islam terancam.

“Jangan provokasi sentimen Islam untuk tarik sokongan rakyat, ini muslihat semata-mata nak jejaskan imej kerajaan sebagai pelindung Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara.

Turut hadir Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. – Harian Metro

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *