Home » Citra Yadim » 35 OKP Baling disantuni YADIM Kedah

35 OKP Baling disantuni YADIM Kedah

BALING – Semua orang layak mendapat peluang kedua, dalam apa jua perkara.

Begitu juga dengan Orang Kena Pengawasan (OKP) oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Tidak seharusnya mereka dipinggirkan hanya kerana kisah silam. Golongan ini juga terkesan dengan penularan Covid-19.

Justeru pada 15 Oktober, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama AADK Negeri Kedah dan Daerah Baling serta Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Negeri Kedah (KPPKK) CUEPACS telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada OKP di daerah ini.

Program sempena Bulan Dakwah 2.0 ini menyaksikan seramai 35 OKP menerima sumbangan makanan seperti beras, tepung, gula, sos, kicap dan kordial.

Para penerima terdiri daripada OKP dari Kampung Sungai Limau, Kampung Iboi dan Teluk Pendiat di sini.

Meskipun tidak terucap, namun riak wajah mereka jelas terpancar kegembiraan atas ingatan yang ditunjukkan.

Hadir ke program ini ialah Ketua AADK Daerah Baling,  Tuan Nasir Md. Radzi, Harun, Pegawai AADK Negeri Kedah, Ust. Mohd Sahal Harun dan Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Baling, Mohammad Zahari Abd. Majid.

Tidak ketinggalan ialah Ahli Jawatankuasa Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Negeri Kedah (CUEPACS), Fazira Mohamad dan Surina Che Mid serta  kakitangan YADIM Kedah.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *