Home » Citra Yadim » 50 kakitangan Hospital Melaka terima sumbangan YADIM

50 kakitangan Hospital Melaka terima sumbangan YADIM

MELAKA – Sebagai sebahagian daripada program tiga hari di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 18 Disember telah menyantuni warga Hospital Melaka.

Sebanyak 50 set sumbangan barangan keperluan harian diserahkan oleh YADIM Melaka bagi tujuan meringankan beban kakitangan hospital tersebut.

Sumbangan diserahkan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Mohamad Muzzammil Musbah kepada Timbalan Pengarah Perubatan III Hospital Melaka, Dr Mohd Najib Khamil.

Hadir sama ialah Ketua Penyelia Hospital Melaka, Tuan Haji Sani Mokhtar, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Ustaz Adi Fahmi Abu Bakar serta Penyelaras YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim.

Majlis ini merupakan antara program turun padang membantu mereka yang memerlukan di sini.

Pada 19 Disember, YADIM akan mengadakan program Is’ad Al Usrah membantu membaiki kediaman seorang penduduk di Kuala Sungai Baru yang memerlukan.

Manakala pada 20 Disember, akan diadakan pula majlis sumbangan kepada 30 asnaf di Tehel, Jasin.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *