Home » Citra Yadim » Kepala air: 120 penduduk Singkir Darat terima sumbangan YADIM

Kepala air: 120 penduduk Singkir Darat terima sumbangan YADIM

YAN – Memahami kesukaran dialami penduduk akibat tragedi kepala air yang melanda daerah ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 1 September telah menyampaikan bantuan kepada 120 keluarga di sini yang terlibat.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam satu majlis ringkas di Masjid U’la di sini. Hadir sama ialah Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Alwi Haji Othman dan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria

Mereka yang terjejas menerima mendapat bantuan  barangan keperluan harian seperti beras, tepung, garam, gula dan lain-lain keperluan. 

Tuan Kamarul dalam ucapannya berkata, bantuan yang disampaikan hari ini merupakan tanda ingatan dan kasih sayang rakyat Malaysia buat sesama saudara mereka yang ditimpa musibah di Yan.

Seorang penerima Rosni Yahya disini ketika ditemui, menceritakan detik cemas kejadian tersebut ketika beliau baru balik dari mendapatkan suntikan vaksin dan hanya sempat menyelamatkan permaidani didalam rumah.

Menurutnya, air banjir separas lutut yang mengalir air deras meranapkan barangan seperti televisyen, almari, peti ais, katil dan lain-lain perkakasan rumah dalam sekelip mata.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *