Pelancaran Sukarelawan YADIM Bukit Payong

MARANG  – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Bukit Payong secara rasminya telah dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Ia disempurnakan dalam penutupan dan penyampaian hadiah program Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (K.O.S.D.I)@Marang di Bukit Payong Terengganu pada 13 November.

Dalam ucapannya, beliau menyeru masyarakat Bukit Payong supaya sentiasa memberi sokongan terhadap program-program dakwah yang dilaksanakan.

Hadir sama dalam majlis tersebut Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saidin serta kakitangan YADIM Terengganu yang bertugas.

K.O.S.D.I@Marang berlangsung di Bukit Payong telah dilaksanakan bermula Khamis lalu. Program dakwah bil hal dengan pengisian lebih 16 aktiviti dakwah itu dijayakan hasil kolaborasi yang baik antara agensi-agensi persekutuan dan agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Terengganu. 

Program ini menyediakan pelbagai program menarik seperti Sukan Mahabbah, Kuiz Keluarga, Tadabbur Interaktif, 1 Kalimah Dakwah, Usrah Santai dan lain-lain lagi.

Ia turut dilaksanakan bersekali dengan sesi Taklimat Isu Semasa oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Terengganu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil-wakil agensi seperti DUAT, i-MITS, UPDI, JaPen, YAPEIM, JPKK Daerah Marang, Pejabat Daerah, JHEAT dan lain-lain lagi.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *